wELCOME TO MY BLOG

Apa pengalaman korang yang paling best masa masih bergelar student?

on Rabu, 11 Mei 2011

Apa pengalaman korang yang paling best masa masih bergelar student?

Answer here

BIAS!!!!!!!

on Rabu, 23 Mac 2011


Hari nie aku nak citer sket pasal satu kes kes bias atau kalau dimelayukan, berat sebelah. Bukan niat aku untuk mengungkit tapi kejadian itu menyebabkan aku rasa low motivation.Serius....Aku rasa macam tak nak jer masuk kelas dia. Tapi nak buat camner, kalau tak pegi kang tal pasal2 aku fail paper tu.

Alkisahnya bermula pada satu hari.Hari tu, aku pegi jumpa dia untuk mintak maaf sebab tak pergi kelas dia.Bukan aku saja2 nk ponteng arrr....Aku terpaksa pegi collect data untuk projek tahun akhir @ PTA. Bukan kelas dia jer aku terpaksa ponteng tapi ada satu kelas lagi. Aku dah jumpa dengan lecturer tu lebih awal & dia pun ok. So, aku pun gerak la nak jumpa lecturer yang aku cakap bias tadi.

Bila dah sampai, aku nampak la dia tengah bercakap dengan seorang budak cina. So, aku pun terdengar la perbulan mereka (Bukan pasang telinga k...) yang lebih kurang bermaksud budak tu macam kes aku, tapi dia ponteng sebab ada presentation. Lecturer tu pun jawab, 'xper,asalkan awak ada komitmen and blablabla......"Ada lah dalam 2 minit lebih perbualan mereka (tu belum campur masa aku belum sampai).

So,turn aku pun sampai. Firstly, aku mintak maaf and then aku explain sebab aku x dapat hadir kelas. Balasan yang aku terima memang buat aku terkejut. Boleh dia cakap, "Whatever, awak takyah gunakan alasan buat fyp. Awak boleh buat benda tu di luar waktu kelas" and then dia blah macam tu jer. Tak sampai 30 saat kami bercakap and aku tak sempat nak explain lebih lanjut. Aku jadi terpinga-pinga sekejap. Untuk pengetahuan korang, FYP adalah satu syarat untuk korang bergraduat. Second, bukan aku taknak buat benda nie di luar waktu kelas tapi organisasi yang set masa. So,aku terpaksa follow rules organisasi tu.

So,korang fikir logik. Budak tu ada presentation dilayan dengan baik and aku yang yang pergi collect data dilayan ngan teruk (sedangkan priority aku lebih tinggi dari budak tadi). And, aku ambik 25 jam kredit semester nie and kalau aku nak buat dalam waktu luar kelas maksudnya aku kene buat time weekend. (Budak2 pun tau Sabtu and Ahad opis tutup sebab cuti).

Kesimpulannya, lecturer tu sepatutnya faham situasi aku (sebab dia lecturer mesti dia tau yang benda FYP nie wajib) and tarikh presentation pun dah dekat. Disebabkan kejadian tu, aku rasa down giler sebab tak pernah lagi lecturer lain layan aku camtu. Apapun, aku terima jer semua yang dia cakap walaupun aku totally lost respect ngan dia. Tu jer la yang aku nak citer. Semoga benda macam nie tak berulang kepada student2 yang len. Assalamualaikum......

GAME-

on Ahad, 6 Februari 2011


Kali nie aku nak crita pasal hobi yang takkan lari dari hidup seorang student iaitu bermain game. Tak kira la video game ke online game or yang sejenis dengannya. Sepanjang pemerhatian aku sebagai seorang student, game nie dah menjadi sebahagian dari hidup.Tak kira la laki mahupun perempuan. Aku pun kira kaki tegar game sebab tu aku tau.hehe.Game yang aku slalu men plak game DOTA. Walaubagaimanapun, hobi bermain game nie pun ada banyak faedahnya.Antaranya:

1) Merapatkan hubungan sesama member. Kalau gaduh ngan member waktu pagi, time malam confirm jadi baik bila men game sama-sama.Hehe

2)Membina pemikiran yang kreatif. Macam game yang aku slalu men, akan ada sorang tukang command yang guide team dalam membina strategi untuk mengalahkan pihak lawan.Korang ingat men game nie senang ke ^_^

3)Mengisi masa lapang. Dari buang masa merempit, clubbing and aktiviti2 yang bahaya mahupun menghabiskan duit, bagus men game. At least menggalakkan kita untuk bersosial dan tidak hanya menghabiskan waktu lapang ngan tidur jer...

Macam2 lagi kebaikan game nie sebenarnya. Nak tulis banyak2 pun rasanya tak cukup entry nie (sebenarnya malas nak menaip.hehe). Apa pun, kenalah balance dengan hidup gak.Kalau men game jer sampai terabai benda len pun tak guna juga.So, pandai-pandai korang la nak bajet mana yang baik dan mana yang buruk untuk life korang.Hope lepas nie jangan ada yang beranggapan buruk dengan permainan game ok. Akhir kata, all da best for gamers out there. Bak kata orang putih, working without playing make Jack a dull boy (kalau tak silap aku lebih kurang la bunyi die,hehe.).

TENSION

on Sabtu, 5 Februari 2011
Rasa-rasanya semua orang familiar dengan word 'TENSION' especially student yang macam aku. Apa ada dengan tension?Haa...mai2 aku nak habaq. Sem nie aku tension ngan banyak benda. Tension ngan assigment yang berlambak-lambak, tension ngan manusia yang bermuka dua, baik di depan tapi menikam dari belakang, tension ngan karenah birokrasi yang ambil sikap sambil lewa just disebabkan title aku sebai seorang 'student' & macam2 lagi laa....Tapi, aku tak nak mengeluh sangat. Sebab ustaz aku masa sekolah rendah dulu pernah cakap,"Allah akan menguji hamba-Nya dengan pelbagai dugaan dan masalah. Mereka yang tabah dan sabar akan mendapat syafaat di kemudian hari'. Satu perkara positif yang aku dapat dari word of the day iaitu tension ialah aku menjadi lebih sabar. Bukan nak meninggi diri tapi dari perspektif aku, tension secara tak langsung mendidik kita menjadi lebih sabar dan tabah. So, aku berterima kasih kepada tension kerana menjadikan aku insan yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam.Hehehe.So, kepada mereka2 yang tension, rilek2 aja k.Sekian,daa....

Tahun baru 2011

on Selasa, 4 Januari 2011
Tahun baru means azam pun kene baru.betul tak? tapi bagi aku, each year aku ada 1 azam jer yakni to be a better person. Tak kisah la dari segi study, friendship, attitude and bla3...asal ada perubahan yang positif  ^_^ . So,mengimbau kenangan tahun lepas xde yang special pun...Nak cakap pengalaman manis tu memang ada, yang kurang manis pun ada. Asam garam kehidupan macam tu la. Bak kata orang dulu2, hidup umpama roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Hope tahun 2011 akan memberikan pengalaman & pengajaran yang berguna buat kita semua. Lastly, Hepy New Year!!!!

TIPS BERSAHUR BAGI ORANG BUJANG

on Isnin, 23 Ogos 2010

Bagi orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum tidur. Kebanyakan daripada mereka suka mengambil makanan lewat malam sebelum tidur sebagai makanan untuk bersahur. Makanan seperti burger, nasi goreng dan mee segera sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan mudah didapati. Kebanyakan orang bujang juga susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Oleh itu makanan yang diambil sebelum tidur akan dianggap sebagai sahur. Walau bagaimanapun, makanan ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya. Waktu sahur yang paling baik adalah sekurang-kurangnya ½ jam sebelum waktu imsak. Oleh itu, jika boleh pastikan anda bangun sahur di awal pagi. Ini kerana,. Bersahur di awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Anda boleh mengambil makanan ringkas seperti roti, sandwic, ban, oats, telur rebus, bijirin sarapan pagi ataupun buah-buahan sewaktu bersahur. Jika terlalu malas untuk memasak dan ingin makan mi segera pastikan mi tersebut ditambah dengan sumber 
protein seperti telur atau ikan bilis dan sayur-sayuran seperti sawi atau kobis. Pastikan anda mengambil air yang mencukupi untuk mengelakkan kekeringan. 

TIPS DI BULAN RAMADHAN



A) TIPS BERBUKA PUASA

1. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa. 

2. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut : 

a. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijiin. 
b. Buah-buahan dan sayur-sayuran 
c. Ikan, ayam, daging dan kekacang
d. Susu dan produk tenusu
e. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam

3. Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. 

4. Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

5. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yoghurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu. Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda. 

6. Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayursayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman. 

B) TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA 

1. Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:

• Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

• Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik. 

• Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak. 

• Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda. 

• Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

C) TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA 

1. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

• Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

• Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam. 

• Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak. 

• Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.

D) TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA 

1) Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat
menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.

• Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.

• Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.

• Kurangkan makanan tinggi gula.

• Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.

• Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.

• Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

E) TIPS MEMBELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN

Memang tidak dinafikan, di bulan puasa pasar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan. Di sini anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk juadah berbuka puasa. Bayangkan dalam keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. Ini boleh menyebabkan anda rambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau amalan makan secara sihat senang saja diketepikan pada saat itu. Sebagai panduan, pastikan anda membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk di beli. Senarai makanan ini boleh mengelakkan kita daripada membeli makanan yang tidak diperlukan. Buatlah pilihan yang lebih sihat semasa membeli juadah berbuka puasa. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak secara minima. Kurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di rumah. Ini membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut. 

F) TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN DI BULAN PUASA 

1. Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah bersederhana semasa menghidang juadah terutamanya ketika berbuka puasa. Sudah tentulah sukar untuk mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah daripada pelbagai jenis sudah ada di depan mata. Oleh itu, kita harus mengambil peluang di bulan puasa ini untuk berjimat cermat khususnya bagi perbelanjaan ke atas makanan. Rancang dan hidangkan makanan untuk berbuka pada kadar yang berpatutan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari bahan semula jadi seperti daun pandan. limau nipis dan serai. Elakkan penggunaan gula berlebihan, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Selain daripada itu, anda juga harus ingat tujuan berpuasa adalah untuk mendapatkan pahala dan keberkatan. Oleh itu, elakkan pembaziran di bulan puasa kerana ini boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri. 

G) TIPS MENYEDIAKAN HIDANGAN SIHAT UNTUK BERBUKA PUASA 

1. Laungan azan maghrib adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa. Sudah tentulah, pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa. Bagi sesetengah keluarga, mereka lebih menggemari masakan yang disediakan di rumah berbanding yang di beli di pasar Ramadhan. Sudah tentulah masakan yang disediakan di rumah oleh ibu akan lebih menyelerakan. Tambahan pula, bagi anak-anak, inilah masanya mereka boleh meminta si ibu memasakkan apa saja makanan kegemaran mereka untuk santapan berbuka puasa. Namun begitu, sebagai ibu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sihat untuk keluarga. Gunakanlah panduan berikut bagi menyediakan hidangan sihat untuk berbuka puasa. 

• Rancanglah menu dengan mengambil kira 5 kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula. 

• Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet. 

• Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik. 

• Pelbagaikan kaedah masakan dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung. 

H) TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT DI BULAN PUASA 

1. Kesesuaian makanan yang mengandungi tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti atau biskut wholemeal dan kekacang kurang diambil di bulan puasa. Ini kerana, makanan ini biasanya kurang mendapat perhatian kita jika dibandingkan dengan makanan-makanan lain yang dijual di pasar Ramadhan. Namun begitu, pengambilan serat adalah penting untuk mencegah masalah sembelit terutamanya di bulan puasa. Sayur juga boleh membari rasa kenyang dan boleh membantu mengawal berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan sebagai hidangan yang berkhasiat di bulan puasa. Berikut adalah panduan untuk meningkatkan pengambilan serat di bulan puasa. 

• Ketika berbuka puasa, makan 3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah tanpa gula, 1 mangkuk sup sayur campur serta 1 atau 2 keping roti tinggi serat.

• Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.

• Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.

• Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.

• Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.

I) TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN AIR DI BULAN PUASA 

1. Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil 6-8 gelas air sehari. Air adalah penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun begitu, kita juga boleh mengambil air dalam bentuk jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Bagi berbuka puasa, adalah digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya. Selain daripada minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah-buahan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air: 

• Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. 

• Makan satu mangkuk sup sewaktu berbuka. 

• Minum 2-3 gelas air sebelum tidur. 

• Minum 2 gelas air sewaktu bersahur.